2119

Sign Offer Letter

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.
 
Hari ini aku rasa gembira. Aku sudahpun tandatangan offer letter kerja baru. Aku dapat kerja Syarikat Antarabangsa yang besar. Wah.. Wah.. bunyinya pun menarik kan. Alhamdulillah rezeki anak. Dah hampir 8 tahun aku dalam bidang komputer programming ini. Dah jadi jiwa aku dah. Laki aku cakap aku ni pelupa sebab dalam kepala otak aku penuh dengan coding. Hahah… Kali ini aku memang nak betul-betul displin dengan masa. Tahulah kebanyakkan pekerja bidang IT ni masa flexible. Tapi kali ini company ni masa strict dengan masa.
 
Lepas tandatangan, balik ke pejabat hantar pula surat resign. Ya aku dah berjaya bagitahu bos aku yang aku nak resign. Pastu tanya mereka offer lagi tinggi ke? hahah!!! Aku jujur je dah ada offer company lain yang lagi bagus. Lagipun company sekarang aku kerja memang lagi rendah dari expected salary aku. Kenapa aku terima? Sebab aku malas nak pergi interview banyak kali. Penat dah. Dalam masa aku cari kerja banyak-banyak tu tetiba ada pulak dipanggil interview company besar ni kan. Tapi masa tu aku dah mula kerja dah company ni. Tapi why not kira try. mana tahu offer lagi menarik.
 
Tup Tup lepas seminggu terus dapat result. Wow! aku terpilih dan perlu datang untuk tandatangan offer letter. Ya Allah.. gembiranya aku. Tersenyum je. Susah nak control perasan aku sekarang ni. Laki aku kata jangan gembira sangat nanti menangis. Tapi aku tak boleh nak control. Dah terasa ringan mulut untuk senyum je ni.

Image credit: Designed by katemangostar / Freepik

One Response

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *