karya

Karyaku

Assalammualaikum dan hai. Buat masa sekarang aku ingin memenuhi content blog ini. Aku akan post karya-karya lama aku yang pernah aku tulis zaman persekolahan dulu. Jadi kemungkinan ada kesalahan ejaan dan tatabahasa di situ. Apa yang aku akan kongsi harap jangan ambil serius kerana karya sajak, cerpen, cerita pendek semua itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Ianya adalah watak fisyen yang aku reka semata-mata.
 
Kenapa aku akan post karya aku yang lama? Kenapa tak post karya yang terbaru. Karya tahun 2019? Aku sebenarnya sudah lama berhenti menulis semenjak ada banyak komitment. Selepas aku sudah bekerja aku tidak lagi menulis. Melukis pun sudah jarang sekali. Itupun kalau aku jumpa pen dan kertas didepan mata aku dan masa tu aku tak buat apa-apa. Mungkin masa tu aku akan melukis.
 
Kini, aku sudah berkahwin. Ada anak seorang. Aku bekerja sebagai seorang Programmer. Lagilah susah aku nak bahagi masa dengan hobi menulis, melukis aku. Kerja sebagai Programmer ini kadang-kadang memerlukan komitment 24jam. Iya lah, Internet kan running 24 hours. So memang aku sentiasa kena prepare to fix any error from website.
 
Lebih-lebih lagi aku ada juga buat freelance website. Oh, sesiapa nak aku buat website aku bagi harga murah saja sekali bayar lumsum. Boleh dm aku di SINI. Iklan sekejap. Hahah..
 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *