Assalammualaikum dan hai para pembaca.
Tahun 2019 merupakan tahun yang mencabar bagi aku dan keluarga kecil aku. Bulan April lepas aku baru berpindah rumah baru. Tidak lagi menumpang rumah orang lain. Maklumlah kalau pindah rumah baru banyak nak pakai duit. Lepas berpindah rumah, aku berpindah tempat kerja pula.
Jadi sekarang ni aku mulakan hidup baru di tempat baru dan persekitaran yang baru. Tapi tempat baru tu dalam Kuala Lumpur juga. Best rasanya kalau aku tidak bekerja tinggal jauh dari kawasan bandar. Bercucuk tanam makanan sendiri. Angan-angan je tu. Kalau aku tak kerja habislah kereta aku kena tarik. Takkan nak harapkan duit suami sedangkan dia ada banyak lagi komitment lain.
Laki aku pernah kata yang sepatutnya aku tak perlu kerja di luar. Kerja di rumah jadi surirumah saja. Itupun kalau gaji dia besar. Disebabkan kami cukup-cukup makan aku pun berkerja membantu suamiku. Biasalah. Kami baru fasa-fasa awal perkahwinan. Adalah masalah kewangan. Baru nak suaikan hidup berdikari sendiri dengan keluarga kecil ni.
Bulan Julai lepas merupakan tahun kedua perkahwinan kami. Barang makanan anak kami, Alisha Sabrina memang mahal. Sudah semestinya ibu bapa nak terbaik untuk anak-anak kan. Dapatkan nutrisi yang secukupnya. Takkan makan nasi dengan telur je. Mak bapaknya makan megi pun tak apa. Lebih-lebih lagi ini anak pertama kami.
Walaupun anak kami dah cecah umur setahun. Aku masih lagi rasa bagaikan mimpi. Eh? Aku dah ada anak? Dah pandai jalan dah dia. MasyaAllah… Anugerah terindah. Pemandangan paling indah bila bangun pagi. Lihat anak dan suami tidur. Alhamdulillah aku diberikan rezeki mempunyai keluarga sendiri. Dari segi keuwangan pula, biarlah kami mak bapak fikirkan. Biar kami berlapar asalkan anak sihat.
Image credit: Designed by Bedneyimages / Freepik
Leave A Comment