Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.
Aku baru masuk pejabat selama 2 minggu. Lepas ini pejabat dah pindah ke Subang. Agak jauh dari rumah aku tapi permohonan bekerja di rumah sudah lulus jadi tak perlu risau la kalau jauh. hahah!!!
Kiranya selama 2 minggu ni juga adalah last aku jumpa kawan-kawan pejabat dan bersosial. Lepas ni bersosial bersama keluarga dan social media seperti Facebook, Twitter, Discord, Online Gaming, Genshin Impact (eh!).
Takyah nak drama sangat la. Aku dapat kerja dari rumah ni pun selama 6 bulan. Lepas tu buat penilaian semula sama ada sambung atau balik pejabat. Pastu kalau ada meeting yang memerlukan face to face pun kena juga berada di pejabat seharian.
Ok sekarang ni bukan aku nak cerita yang pejabat ini nak pindah. Aku nak cerita sekarang ni. Sekarang ni kasihan department aku Group Information Teknology (GIT). Building kami nak renovate dan kemas meja-meja, barang-barang nak pindah. Jadi GIT ni pun berhijrah kat department apa tah. Aku pun tak pasti. Kenapa pula tak pasti? Hahah!! Pejabat ni banyak sangat department dia. Mana nak ingat. Orang yang bekerja satu syarikat yang sama pun bukan kenal semua. Naik lif. “Hai. Hai. Tingkat berapa? Ok.. Bye.”
Sekarang aku berada di pejabat sementara. Tempat kami dalam meeting room je. Kawan pejabat aku seorang ni tau aku ni mudah sesat dalam bangunan pejabat. Bukan sesat sebenarnya. Tapi aku malu. Tak nak pula masuk salah bangunan pastu pekerja semua tengok aku.
Awal-awal kawan aku WhatsApp cakap masuk sana. Masuk sini. Naik tingkat tu. Nak pergi tandas pun punya la jauh. Nak pergi surau. Kawan aku cakap la masuk sana sini. Tapi tak apa lah.. Aku keluar dari bangunan ni dan masuk semula ke pintu bangunan surau. Tak reti nak seberang dan redah bangunan lain lalu untuk pergi surau.
Serius wei. Pejabat ni macam Maze. Masuk sana. Keluar sana. Masuk sini. Keluar sini. Asalkan ada access card pekerja semua tempat boleh access tapi boleh sesat juga la.
Nanti 6 bulan kerja kat rumah. Bila masuk pajabat kat Subang ni mesti lagi la sesat. Bangunan dia lagi la besar sampaikan aku terbayang macam bangunan penyelidikkan sains tercetusnya permulaan virus zombie. Ada zombie di mana-mana. Eh.. memang tempat tu scary pun. Dahsyat kan bayangan aku ni. Hahah!!!
Leave A Comment