Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.
Aku ada banyak pengalaman seram aku rasa nak share pada semua pembaca. Ini merupakan pengalaman seram aku sendiri. Tidak kisah lah nak percaya atau tak. Jadinya aku nak intro dulu sedikit info mengenai aku dan macam mana aku ada banyak pengalaman seram.
Aku memang boleh melihat dari aku kecil lagi. Jadi cuba bayangkan berapa banyak pengalaman sehingga umur aku dah cecah 3 series ni. Alhamdulillah 5 tahun lepas atau 8 tahun lepas. Tak ingat dah. Ijab aku akhirnya ditutup dan aku tidak nampak dah apa yang tidak patut manusia nampak selepas pergi berubat dengan seorang ustaz celebriti. (amboi.. nk glamor je. siap celebriti) hahaha!!! Eh, tapi betul la. Ustaz ni banyak masuk televisyen dan dia juga pernah berubat artis-artis. Cuma tak famous je la. Dah la. Aku bukan nak cerita pasal ustaz ni.
Aku langsung tak tau bahawa nampak mahluk ghaib ni merupakan jin sudah lama tinggal dalam badan aku. Pergi berubat pun teman orang lain berubat. Macam biasalah. Aku suka ikut orang. Lebih-lebih lagi ikut orang pergi tempat-tempat yang menjadikan pengalaman baru bagi aku. Akhirnya aku pula yang berubat. Walaupun aku tak boleh nampak. Tapi aku tetap boleh merasakan kehadirannya dan buat tak tahu selagi aku tahu mereka tak akan ganggu aku.
Seperti aku katakan yang aku boleh melihat dan aku pernah menceritakan perkara ini kepada pensyarah kegemaran aku masa belajar di UMP dulu. Iaitu Puan Awanis. Suka juga la lepak bilik dia berborak. Dia kata sebenarnya makhluk ghaib ni tak tahu yang aku boleh nampak mereka. Jadi aku kena buat macam tak nampak saja. Kalau mereka tahu aku nampak mereka, mereka akan mula menganggu aku. Mungkin sebab ini juga aku tak ada diganggu oleh makhluk ni. Hanya munculkan diri saja. Aku masa kecil dulu takut sehinggakan aku buat tak tahu saja. Tak ingin mengatakan hal ini dan hanya terdiam. Aku tak juga pernah cerita mengenainya pada mak aku sehinggalah aku pergi berubat baru mak aku tau dan terkejut.
Jadi, nantikan cerita aku akan datang tentang pengalaman seram aku.
Leave A Comment