pocong-from-inside-car

Dia Nak Tumpang

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Kali ini aku nak ceritakan pengalaman makhluk yang paling dekat sekali ngan aku. Ceritanya begini…. Ada kawan aku ni namanya Isya. Member kelas aku dan juga rakan sebilik. Dia selalu kalau hari Sabtu Ahad dia balik rumah di Kuantan. Hari Ahad selalunya mama dia hantar semula ke UMP. Hari isnin ada kelas dan tak silap aku ada ujian. Tapi kali ni dah nak pukul 11 malam Isya tak sampai-sampai lagi. Aku pun SMS la tanya dia. Katanya mama dia tak sihat nak memandu. Mama dia ingatkan dah malam mama dia sihat la. Tapi masih lagi kurang sihat dan tak boleh memandu.

Isya pun suh aku sewa kereta ambik dia. Dia bayar duit minyak dan duit sewa kereta. Dalam masa nak cari kereta dan bersiap semua. Kul 12 tengah malam juga la aku gerak dari UMP, Gambang. Aku memandu seorang je. Sampai di simpang 4 jalan kat Gambang tu ada food court. Jalan menghala ke Kuantan ada stesen minyak. Jalan ni gelap. Jalan lurus je untuk menuju ke Kuantan. Jalan gelap tak ada lampu jalan. Sekarang tak tau la jalan tu mungkin dah ok.

Bila tiba jalan tu aku nampak satu gempulan asap hitam dari luar masuk celah-celah pintu terus menuju ke tempat duduk sebelah dan menjelma menjadi makhluk Pocong. Masa tu aku buat tak tau. Pandang depan. Konon-konon tak nampak. Kuatkan lagu di radio sambil nyanyi. Kita sebagai manusia, walaupun mata kita memandang kedepan, kita masih juga nampak sebelah kiri kanan kita kan. Jadinya, aku memang nampak makhluk tu duduk dia sebelah dengan berbungkus kain putih lusuh. Tak nampak muka sebab makhluk tu pun pandang ke depan. Aku nyanyi-nyanyi sambil tangan kiri aku tutup pipi sebelah kiri aku supaya menghalang penglihatan aku dari nampak makhluk tu. Tah kenapa masa tu aku tak terfikir langsung nak baca apa-apa surah.

Sepanjang jalan gelap tu dia duduk sebelah. Sampai di jalan depan sudah ada lampu jalan. Jalan pun dah terang. Makhluk tu terus bertukar menjadi gempulan asap dan ghaib. Alhamdulillah.. Aku hembus nafas lega. Nasib baik la dia duduk diam je kat sebelah tak kacau aku. Buatnya tiba-tiba dia “CAKKKK!!!” sambil tunjukkan wajahnya. Tak ke aku boleh kemalangan masa tu.

Sampai rumah Isya. Aku ceritakan semua kat dia. Semenjak hari itu dia da tak bagi aku memandu seorang malam-malam.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *